Powered By Blogger

Tuesday 28 February 2012

SARAPAN OH SARAPAN...



SARAPAN PAGI..!!
Satu tabiat kurang baik yang selalu kita amalkan; tidak mngambil sarapan pagi..
Bangun lambat, sebuk kejar masa untuk ke tempat kerja, mana ada masa nak
 sarapan..?? Tambah pula boley jimat kata nya.. Leceh jugak nak ambil sarapan 
pagi ni kan..?
Penting sangat ke sarapan pagi..??
Percaya atau tidak, dengan TIDAK mengambil sarapan pagi, berat badan akan 
bertambah dan lebih berisiko untuk mendapat penyakit jantung.. Otak pula cepat jem.. 
ahaahaa..
Individu yang tidak bersarapan pagi selama 2minggu, selalunya akan mengambil makanan
 tengahari dan malam dengan kadar yang lebih banyak.. Ini adalah kajian..!! Apa yang 
berlaku adalah, kadar kolestrol LDL (bad cholesterol) akan meningkat dan kepekaan kepada 
hormone insulin pula akan menurun.. Kadar kolesterol yang tinggi dan gangguan kepekaan 
insulin merupakan faktor risiko utama untuk mendapat PENYAKIT JANTUNG.
Satu penelitian di USA telah dibuat:
Hasil menunjukkan bahawa wanita yang mengambil sarapan pagi, kalori yang masuk lebih 
rendah berbanding ketika mereka tidak bersarapan pagi.Di samping itu Kolesterol LDL 
lebih rendah sewaktu mereka mengambil sarapan pagi dan kepekaan kepada insulin juga 
lebih baik yang bermaksud risiko untuk mendapat penyakit diabetis juga menurun.
Tiada penurunan berat badan dicatatkan, tetapi dengan peningkatan kolesterol dan 
gangguan kepekaan kepada insulin, membuatkan mereka lebih berisiko untuk mendapat 
penyakit jantung di kemudian hari.
Sarapan  yang baik juga akan menyediakan tenaga segera untuk sel-sel otak berfungsi 
pada waktu pagi..
Khasiat daripada sarapan telah terbukti memainkan peranan penting dalam membantu 
perkembangan minda dan sahsiah manusia terutama bagi kanak-kanak.

Satu daripada kajian yang menyentuh isu tersebut ialah Relationship Between Hunger and Psychosocial Functioning in Low-Income American Children yang disiar dalam Journal of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry pada Februari 1998.
Ia membuktikan bahawa pelajar sekolah yang bersarapan setiap pagi mendapat keputusan 
yang lebih baik dalam ujian standard, bersikap lebih sopan dan kurang hiperaktif berbanding 
pelajar-pelajar yang tidak bersarapan.
Macam mana skrg..?? penting sbenar nye sarapan pagi ni, cuma kite je yang tak nak 
ambil tahu..
Cara mudah utk sajian sarapan, air susu, roti, atau bijirin seperti cornflake dan careal.. 
Cuba elakkan pengambilan makanan yg manis , berlemak dan pedas kerana ia menyebabkan 
cepat lapar, perut meragam dan kelesuan..

Sumber: The American Journal Of Clinical Nutrition dan kosmo dan aku..

.:wassalam:.